1,854 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan...dengan Sarawak mencatatkan kes tertinggi iaitu 555 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19, 357,607 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 14,805 kes.
Dalam pada itu, bilangan sembuh hari ini ialah 1,247 kes menjadikan jumlah pulih sebanyak 341,489 kes.
Sehingga kini, 169 kes positif sedang dirawat di ICU, 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 5 kes kematian hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,313 kes.